‘Kucing yang bijak’ – Wanita kongsikan Si Tompok 3 jadi peneman setia lawat suami di kubur

10 Feb 2025 • 12:54 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Bersifat manja dan mencuit hati, haiwan seperti kucing sering menjadi perhatian ramai. Walaupun hanya seekor haiwan kecil, namun kata orang kucing seolah memahami apa yang diperkatakan manusia dan tahu tentang apa yang berlaku.

Seperti perkongsian dari wanita ini, seekor kucing yang mempunyai tiga tompok warna seakan sudah tahu kedudukan kubur suaminya.

@mummyziana

Rahsia Allah ❤️ Kucing pun da boleh kenal kami.. Pandainya awak, da tahu kami nak melawat daddy ye #rinduyangtiadapenghujungnya #cintahatimummy #fyp #fypシ゚viral

♬ Kekasih Hati – Iss Arffan

Katanya, sebaik sahaja sampai di kubur, kucing berkenaan akan mengikut langkahnya dari kereta sehingga ke kubur suaminya.

“Peneman mummy bila nak ke kubur daddy. Sampai je mesti ikut mummy dari kereta. Saja nak test bawa kami ke kubur daddy,” katanya.

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Mummy Ziana mengatakan kucing berkenaan sering menemaninya ke kubur dan turut berkongsikan dia dan arwah suaminya merupakan pencinta kucing.

“Saya ada lapan kucing di rumah, jadi biarlah kucing ni di sini. Saya pun jumpa hari-hari. Kami kenal selepas suami meninggal. Saya selalu bawakan makanan untuknya.

“Kami sayang kucing, arwah pun sama,” katanya.

Perkongsian video berkenaan sedikit sebanyak telah meruntun hati netizen yang menyifatkan kucing tersebut kucing yang bijak selain memahami situasi yang berlaku.