Kuih bipang bijan sajian zaman dulu senang sangat nak buat. Guna 3 bahan, hasilnya memang mantap

Cooking
15 Sep 2023 • 2:30 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

KUIH bipang bijan merupakan salah satu snek tradisional yang tak laput dek zaman.

Teksturnya yang liat-liat dan mempunyai rasa manis membuatkan hidangan tersebut menjadi kegemaran semua.

Tidak susah pun untuk menghasilkan juadah tersebut.

Seorang pengguna, Noryana Mohamed Yusof baru-baru ini berkongsi teknik penyediaan mudah untuk menghasilkan bipang bijan di Facebook.

image is not available

Cerita Noryana, beliau tidak menggunakan sukatan tepat, namun masih menjadi. Kiranya, campak-campak saja, dah okey.

Berikut dikongsikan bahan-bahan dan cara penyediaanya.

Bahan-bahan
1 paket bijan putih [BELI DI SINI]
1 cawan gula (boleh dikurangkan) [BELI DI SINI]
2 sudu mentega [BELI DI SINI]

image is not available
Cara penyediaan:
1. Panaskan gula sehingga perang. Jangan dibiarkan hangus, nanti pahit.
2. Apabila gula mula mencair, masukkan mentega.
3. Kacau dan masukkan bijan. Perlu berhati-hati kerana gula dan bijan tersebut panas.
4. Pindahkan ke atas kertas minyak dan roll mengguna penggelek.
5. Lorekkan mengguna pisau dan tunggu sejuk terlebih dahulu sebelum dipatah-patahkan.
6. Sedia untuk dihidang.

image is not available

Admin sendiri memang jarang makan kuih bipang bijan.

Namun, perkongsiaan Noryana memang bikin kecur air liur. Tiba-tiba rasa nak buat nanti pada hujung minggu ini.

Tambahan, bahan-bahannya juga senang nak cari dan murah belaka.

Hasil yang diperoleh bagi setiap adunan juga agak banyak.

Kepada anda yang nak berjualan dengan rakan sekerja atau jiran, rasanya dah boleh dah tu.

Selamat mencuba semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

View Original Article