KUIPs perkenal laluan pantas, Micro Credential

11 Jan 2024 • 5:08 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Muhamad Rozaimi (tiga dari kanan), Zulkifli (tiga dari kiri) dan Ahli Lembaga Pengarah YKAT ketika berkunjung ke KUIPs, baru-baru ini.

Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) bakal memperkenalkan program laluan pantas (fast track) dan Micro Credential kepada pelajar tahfiz.

Menurut Rektor KUIPs, Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle, laluan pantas dan Micro-Credential ini ditawarkan kepada pembelajaran tertentu mengikut kadar upaya masing-masing sama ada di kampus berkenaan atau mengikutinya secara dalam talian.

“Peluang yang ditawarkan membolehkan pelajar tahfiz menyambung pengajian di kampus ini mengikut kelayakan mereka,” katanya.

Muhamad Rozaimi berkata demikian selepas menerima kunjungan beberapa Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Kebajikan At-Tibyan (YKAT) dari Kuantan, Pahang yang diketuai Pengerusinya, Datuk Zulkifli Jaafar.

Sementara itu, Muhamad Rozaimi berkata, dalam perbincangan bersama YKAT, mereka bersetuju untuk melaksanakan beberapa program secara bersama.

Ia termasuk menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA), Memorandum Persefahaman (MoU), menganjurkan kem semasa cuti persekolahan dan beberapa program lain kelak.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, kunjungan tersebut membuka ruang dan peluang kepada mereka untuk melaksanakan program bersama-sama.

image is not available
Zulkifli

Ujarnya, beberapa pendekatan akan dilaksanakan segera terutama program laluan pantas dan Micro Credential untuk pelajar tahfiz.

YKAT merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Kuantan yang bergiat aktif dalam aktiviti kebajikan secara berterusan termasuk menerapkan nilai-nilai agama dan dakwah untuk masyarakat.

image is not available
Muhamad Rozaimi (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Zulkifli (kiri).

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved