Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Bandar Tun Razak Ditangguh, JAWI Perjelas Sebabnya

LocalPolitics
16 Jul 2023 • 9:17 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Bandar Tun Razak Ditangguh, JAWI Perjelas Sebabnya

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam kenyataan memaklumkan bahawa kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang sepatutnya diadakan di Bandar Tun Razak hari ini telah ditangguhkan bagi proses penyusunan semula jadual.

Menerusi kenyataan di Facebook, JAWI berkata pihak masjid telah membuat pemakluman penangguhan undangan kepada pihak penceramah lebih awal bagi proses penyusunan semula jadual pengkuliahan melibatkan penceramah dan tenaga pengajar mengambil kira beberapa acara utama.

“Justeru, isu pembatalan adalah tidak berbangkit sama sekali.

“Kami berpandangan agar sebarang isu yang timbul dapat ditangani secara harmoni berlandaskan semangat persaudaraan antara semua pihak,” katanya.

Jelas JAWI lagi, pihaknya komited untuk memastikan institusi masjid dan surau terus berperanan sebagai pengkalan ibadah, pusat ilmu dan penyatuan masyarakat berdasarkan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505).

“Kaedah-kaedah pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Jawatankuasa Kariah) 2019 dan Garis Panduan Program Pengajian Serta Pengimarahan Masjid dan Surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan,” katanya.

Terdahulu, Ustaz Azhar Idrus menerusi Facebook miliknya memaklumkan bahawa ceramah yang sepatutnya diadakan di Masjid Saidina Othman Ibnu Affan Bandar Tun Razak hari ini (16 Julai) telah dibatalkan.

“Mohon maaf kepada warga Kuala Lumpur dan rakyat Selangor kerana tidak dapat menyampaikan kuliah di tempat anda,” katanya pada Khamis.

Sumber: JAWI