Kulinari tradisi Perancis dengan sentuhan cita rasa tempatan, ini 6 pastri dan kek petit bertaraf dunia jadi buruan ramai

LocalFood
1 Nov 2024 • 10:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

BUAT pemburu tegar pastri, mungkin kalian teruja untuk mencuba menu baharu. Apatah lagi, ia merupakan resipi istimewa dari Perancis.

Negara yang terkenal dengan seleksi pemanis mulut sehingga ramai yang sanggup berbelanja besar untuk ke sana.

Mungkin satu berita baik buat peminat pastri dan kek petit, outlet pertama Lapisan Pâtisserie kini sudah dibuka di Mid Valley Megamall Kuala Lumpur.

image is not available

Uniknya, premis tersebut menawarkan pengalaman kulinari tradisi Perancis yang menggabungkan sentuhan cita rasa tempatan.

Setiap kek comel dan pastri enak dibikin dengan penuh teliti, tekstur halus, persembahan yang menawan dan rasa yang seimbang.

image is not available

Berkongsi berita baik tersebut, Pengarah Urusan Lapisan Pâtisserie, Patrick Sim berkata, pihaknya teruja untuk membawakan jenama terkemuka itu ke Malaysia.

“Lapisan Pâtisserie menceritakan kisah kreativiti pertemuan warisan yang mana matlamat kami bukan sekadar untuk menawarkan pastri semata-mata.

#jommakan #makanmakansinarplus #morkapambalikkeju #qishmochi #kunafaaliff #kampungdesert #sinarplus #lifestylesinarplus #lifestylesinarharian #fyp #fypシ゚" />

Antara menu signatur laku keras yang wajib dicuba jika berkunjung ke sana seperti Honey Toast, Strawberry Maritozzo, Sarawak Pepper Chicken Croissant dan Peach Delight Danish.

image is not available

Lagi pilihan yang mencuri perhatian ramai seperti Almond Croissant dan Butter Croissant yang menjadi sajian laris sepanjang masa.

image is not available

Honey Toast, misalnya merupakan roti susu bakar yang dilapisi madu, mentega dan gula kasar yang disempurnakan dengan lapisan karamel. Pembikinan tersebut menjadikan roti rangup di luar dan kekal lembut di dalam.

image is not available

Satu lagi, Strawberry Maritozzo pula roti manis yang diisi dengan chantilly mascarpone dan strawberi segar dan menjadi santapan ideal buat pencinta rasa manis.

image is not available

Untuk kalian yang gemar croissant, kena try resipi unik Sarawak Pepper Chicken Croissant yang mana kaya dengan isi ayam lada hitam, biji bijan hitam dan mayonis lada hitam.

image is not available

Peach Delight Danish juga boleh dicuba kerana enak dimakan dengan krim badam yang dihiasi dengan peach segar dan lembut.

Jadi, apa tunggu lagi? Waktu rehat Sabtu dan Ahad bolehlah usha outlet baharu di Mid Valley Megamall. Okey, selamat berhujung minggu.

image is not available

Lapisan Pâtisserie

  • Alamat: LG-079, LG Floor, Centre Court, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
  • Menu signatur: Honey Toast, Strawberry Maritozzo, Sarawak Pepper Chicken Croissant dan Peach Delight Danish
  • Facebook: Lapisan MY
  • Instagram: @lapisanmy

View Original Article