Kulit Kepala Terbelah, Pengawal Keselamatan Kelab Diserang Ketika Melerai Pergaduhan Di Tawau

21 Feb 2024 • 1:40 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pengawal keselamatan jadi mangsa serangan ketika meleraikan pergaduhan antara dua geng

Kulit Kepala Terbelah, Pengawal Keselamatan Kelab Diserang Ketika Melerai Pergaduhan Di Tawau. Seorang pengawal keselamatan di sebuah kelab malam cedera parah selepas diserang ketika cuba meleraikan pergaduhan yang melibatkan dua kumpulan di lorong Bangunan Fajar, Tawau, Sabah pada Ahad.

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin menyatakan bahawa pihaknya menerima laporan daripada anak saudara mangsa berusia 32 tahun itu.

image is not available
Kulit Kepala Terbelah, Pengawal Keselamatan Kelab Diserang Ketika Melerai Pergaduhan Di Tawau. Sumber: majoriti

Beliau menjelaskan bahawa mangsa yang bekerja sebagai pengawal kelab malam terpaksa dirawat di unit kecemasan Hospital Tawau disebabkan kecederaan yang dialaminya.

Berpunca daripada pertengkaran mulut antara dua kumpulan

Siasatan awal menunjukkan kejadian itu berpunca daripada pertengkaran mulut antara dua kumpulan di kawasan lorong Bangunan Fajar.

Difahamkan, mangsa cuba meleraikan pertelingkahan tersebut namun seorang suspek lelaki yang tidak dikenali tiba-tiba menyerangnya dan bertindak menetak mangsa.

Suspek bertindak menetak bahagian belakang kepala mangsa

Jasmin berkata, mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala dan tangan kiri akibat insiden itu. Usaha untuk mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut sedang giat dijalankan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.

Baca juga artikel yang berkaitan:

https://www.iloveborneo.my/kecoh-anak-sabah-bergaduh-di-kepong-rakan-sekampung-nasihat-jaga-nama-negeri

https://www.iloveborneo.my/tular-rakaman-pergaduhan-asajaya-polis-tahan