Kumpul 60K Pengikut Dalam Masa Dua Hati, Netizen Teruja Malique ‘Mr. General’ Buat Akaun Instagram

EntertainmentMusic
27 Feb 2025 • 1:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi rap dan komposer terkenal, Malique semalam mengejutkan peminat apabila dia muncul di Instagram secara rasmi menggunakan nama Malique Ibrahim Qarma.

Hanya dalam tempoh dua hari, bekas kumpulan rap Too Phat itu telah mengumpul jumlah pengikut hampir 64,000 orang.

Malique atau nama sebenarnya Cairel Edrin Ibrahim,48, walau bagaimanapun tidak memuat naik foto dirinya sendiri sebaliknya hanya memuat naik foto percutian, studio rakamannya serta rakan-rakan selebriti yang lain seperti Amir Jahari dan Zizan Razak.

image is not available

Pastinya ditunggu-tunggu, Malique juga tidak meletakkan sebarang kapsyen di setiap foto dan pastinya peminat menjangkakan penyanyi yang terkenal dengan imej ‘privasi’ itu bakal muncul dengan projek yang terbaru.

Mengimbas kembali, Malique bersama Joe Flizzow mewarnai industri seni hiburan apabila mereka berdua tampil sebagai kumpulan rap berpengaruh di Malaysia dan juga antarabangsa.

image is not available

Namun, pada tahun 2007, Malique mengumumkan bahawa dia ingin membuat haluan sendiri dan semenjak itu, dia tidak pernah muncul di mana-mana platform media.

Namun begitu, Malique masih aktif di belakang tabir dengan menghasilkan lagu-lagu popular. Dia juga muncul dengan lagu terbaru berjudul Sedih Hati yang turut menampilkan anak perempuannya, Inca Medina dalam video muzik single berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available


22 hours ago

Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Perjelas Maklum Majlis Kahwin Saat Akhir - "Kami Buat Kerana..."

Advertisement