
Setiap individu pastinya mempunyai impian untuk memiliki rumah idaman sendiri.
Namun umum mengetahui, membeli rumah bukanlah suatu perkara yang mudah malah saban hari harganya juga semakin meningkat dan ia adalah komitmen bagi tempoh masa yang panjang.
Oleh itu, sesiapa yang ingin membeli haruslah mempunyai perancangan kewangan yang baik seperti membuat simpanan dan sebagainya untuk memiliki sebuah rumah.
Peniaga apam balik di Indonesia bayar duit deposit beli rumah guna duit syiling
Baru-baru ini, seorang peniaga apam balik di Indonesia menjadi perhatian ramai selepas dia akhirnya berjaya memiliki sebuah rumah dan membayar wang deposit menggunakan duit syiling yang ditabungnya.
Menerusi video yang dikongsikan @dianajlndr di TikTok, peniaga yang dikenali sebagai Imam telah membeli rumah idamannya di perumahan Kavling, Brawiya Asri, Banyuwangi.
Empat botol besar duit syiling, beli rumah untuk keluarga tercinta
Jelasnya peniaga apam balik berkenaan membawa sebanyak empat botol besar yang dipenuhi dengan duit syiling yang dikumpulnya.
Malah Imam juga dikatakan sangat tekun menyimpan wang tersebut untuk membeli rumah buat keluarga tercinta.
Disimpan sekitar tiga tahun
Memetik laporan Tribunnews, syiling tersebut turut dilambakkan ke atas lantai untuk dikira jumlahnya.
Kata Diana jumlah duit syiling yang ditabung peniaga berkenaan selama tiga tahun bernilai sekitar Rp45,980,000 (RM13,581).
Dalam video juga dapat dilihat, beberapa individu diperlukan untuk mengira duit syiling daripada empat botol besar itu.
Bukan hanya itu, peniaga berkenaan turut menambah beberapa lagi wangnya untuk mengenapkan jumlah pembayaran sebanyak Rp46,000,000 (RM13,584.60).
Lelaki yang menjual apam balik itu difahamkan menjual di sekitar kawasan Banyuwangi dan dikenali dengan nama MT Terbul Laka-Laka 77.
Nih gaisss yg punya tabungan uang koin 🔥🤩 @MT TERBUL 777 LAKALAKA @Jaya Tentram Makmur Bersaudara #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #perumahansubsidi #perumahanbanyuwangi #perumahanbanyuwangikota
Source:

