
Kota Kinabalu: Kerajaan digesa memandang serius siri boikot perniagaan yang sedang berlaku di negara itu, yang bertujuan untuk menyatakan solidariti dengan rakyat Palestin berhubung tindakan ketenteraan Israel di Gaza sejak Oktober 2023.
Gabungan Persatuan-Persatuan Hokkien Sabah dan Labuan berkata kerajaan harus campur tangan dan mengambil tindakan sewajarnya demi ekonomi.
Presidennya, Tan Sri Goh Tian Chuan berkata, keadaan semakin serius menyebabkan banyak kedai ditutup sementara pekerja kehilangan pekerjaan dan menjejaskan mata pencarian keluarga.
“Boikot yang menyasarkan premis makanan segera dan minuman, kedai serbaneka, dan beberapa jenama amat dikesali kerana ia meletakkan syarikat dan pekerja tempatan dalam risiko,” katanya pada Majlis Makan Malam Gala Ulang Tahun Jubli ke-50 Gabungan Persatuan-Persatuan Hokkien Sabah dan Labuan di Wisma Hakka, di sini.

