Kumpulan Kadayan gesa siasatan menyeluruh

LocalPolitics
6 Aug 2025 • 11:34 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Abbey Junior

Kota Kinabalu: Komuniti Kadayan di Sabah menggesa siasatan menyeluruh dijalankan berhubung kematian remaja berusia 13 tahun, Zara Qairina Mahathir, yang kini hampir tiga minggu sejak kejadian tersebut berlaku.

Setiausaha Agung Persatuan Kadayan Sabah (Paadian), Mas Farisan Salleh dalam satu kenyataan melahirkan rasa dukacita mendalam terhadap kejadian itu yang disifatkan sebagai tragedi memilukan serta satu kehilangan besar buat keluarga remaja itu dan juga masyarakat.

“Marilah kita semua mendoakan agar roh Allahyarhamah Adik Zara dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Semoga ibunya dan seluruh keluarga diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian yang amat berat ini.”

Menurutnya, ketiadaan sebarang dapatan konklusif selepas hampir tiga minggu telah menimbulkan pelbagai persoalan yang masih belum terjawab.

“Kita berdoa agar Allah permudahkan pihak berkuasa menyelesaikan kes ini dengan segera dan memberi kejelasan kepada semua pihak,” katanya.

Mas Farisan berkata, Paadian dan komuniti Kadayan mengikuti rapat perkembangan kes itu sejak hari pertama ia dilaporkan berlaku pada 16 Julai lalu.

Beliau berkata, Presiden Paadian bersama rombongan telah beberapa kali menziarahi ibu mangsa, selain menganjurkan majlis tahlil khas pada 31 Julai lalu bagi Allahyarhamah Zara dengan kerjasama pimpinan masjid dan surau di zon Paadian meliputi Sipitang, Beaufort, Kuala Penyu, Papar dan Kota Kinabalu.

“Kami menunggu dengan penuh sabar sebarang maklumat rasmi daripada pihak berkuasa. Kami amat berharap dan percaya siasatan ini akan dilaksanakan secara telus dan menyeluruh dari setiap sudut,” katanya.