Kumpulan militan didalangi warga Bangladesh tumpas

LocalPolitics
4 Jul 2025 • 11:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Khalid Ismail bercakap kepada pemberita ketika sidang akhbar di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada Jumaat. FOTO - MOHD HALIM ABDUL WAHID

KUALA LUMPUR – Kumpulan militan didalangi warga Bangladesh yang aktif menyebarkan ideologi ekstremisme melalui platform digital berjaya ditumpaskan menerusi siri operasi keselamatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak April lalu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, seramai 36 individu berusia antara 25 hingga 35 tahun ditahan dalam tiga fasa operasi yang dijalankan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM sekitar Selangor dan Johor.

Menurut beliau, operasi tersebut merupakan tindakan strategik PDRM untuk mengekang sebarang bentuk ancaman militan asing, sekali gus mengekalkan kestabilan dan keselamatan negara.

"Malaysia tidak dijadikan sasaran, namun dijadikan lokasi penyebaran fahaman radikal dan ekstrem dalam kalangan komuniti migran. 

"Kita tidak akan berkompromi dalam hal keselamatan negara," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini pada Jumaat.

AKAN MENYUSUL 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved