
Majlis Agama Islam Perancis (CFCM) menzahirkan rasa marah dan kecaman keras berhubung laporan tindakan tentera Israel yang menanda nombor pada dahi dan anggota badan tahanan Palestin di Tebing Barat yang diduduki.
Dalam satu kenyataan rasmi pada Rabu, CFCM menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tindakan biadab yang membanggkitkan memori zaman kegelapan sejarah Eropah, merujuk kepada amalan penyahhumanan (dehumanisation) manusia kepada sekadar angka.
Bidasan CFCM & Pengajaran Sejarah
Simbolik & Sejarah: CFCM menekankan bahawa amalan menanda nombor pada badan manusia mempunyai implikasi sejarah yang amat hitam di Eropah dan Perancis.
Tanda Pembunuhan Beramai-ramai: Kumpulan itu memberi amaran bahawa tindakan menurunkan martabat manusia secara sistematik selalunya menjadi langkah awal atau sebahagian daripada proses pembunuhan beramai-ramai (genocide).
Insiden Berulang: Amalan ini dilaporkan pernah berlaku di Jenin sebelum ini, di mana pihak tentera Israel tidak menafikan tindakan tersebut sebaliknya cuba mengemukakan wajaran.
“Penyahhumanan sesuatu kaum sentiasa menjadi peringkat pendahuluan atau disertai pembunuhan beramai-ramai. Maruah manusia tidak boleh diaplikasikan secara selektif, ia mesti dipertahankan untuk setiap manusia tanpa mengira asal usul, agama, atau kewarganegaraan,” tegas CFCM.
Gesaan Campur Tangan Antarabangsa
CFCM menggesa kerajaan Perancis, Kesatuan Eropah (EU), dan komuniti antarabangsa agar tidak membiarkan pelanggaran undang-undang kemanusiaan ini berterusan. Mereka menuntut tindakan tegas bagi menghentikan keganasan harian oleh tentera Israel dan pencerobohan berterusan oleh peneroka haram di Tebing Barat.
Sumber Berita: TRT World / Agensi Anadolu (AA)



