Kumpulan Pantai Bahru Kukuhkan Kedudukan Dengan Lancar Bilik Pameran Perodua

LocalCars
20 Feb 2026 • 10:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kumpulan Pantai Bharu terus memperkukuh kehadirannya dalam industri automotif dengan melancarkan Era Baharu Perodua 3S Pantai Bharu sempena pembukaan rasmi bilik pameran dan pusat servis terbaharunya di Batu 1, Jalan Meru di Klang, baru-baru ini.

Syarikat milik Bumiputera yang diasaskan oleh Datuk Shamshudin Nor pada 25 September 1978 itu sebelum ini telah memulakan operasi bilik pameran dan pusat servis Perodua Pantai Bharu sejak tahun 1994 melalui anak syarikatnya, PB Motor Sdn Bhd.

Pusat ini bukan sekadar ruang pameran, tetapi juga menjadi destinasi utama bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, merasai pengalaman pemanduan serta menikmati perkhidmatan jualan dan selepas jualan yang komprehensif untuk Perodua Pantai Bharu.

image is not available

Bilik pameran ini direka dengan konsep moden dan interaktif, menawarkan pengalaman digital yang lebih imersif kepada pelanggan.

Dengan kemudahan teknologi terkini dan suasana mesra pelanggan, Perodua Pantai Bharu berhasrat menjadi hab utama bagi mereka yang ingin membeli dan mendapatkan informasi mengenai kenderaan PERODUA dan menyokong masa depan mobiliti lestari.

=