Kumpulan pendidik sertai kelas induk metodologi pembelajaran kendalian guru Kanada

4 Oct 2023 • 4:37 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Cikgu Sean Robinson memberi taklimat di kelas induk yang diadakan secara dalam talian baru-baru ini.

Lebih 100 pendidik di seluruh negara menyertai kelas induk secara dalam talian kendalian guru ternama dari British Columbia, Kanada, Cikgu Sean Robinson.

Kelas induk anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Vokasional (KV) Keningau, Sabah itu berlangsung selama satu jam pada 7 September lalu menerusi aplikasi Google Meet.

Sesi kelas tersebut menyediakan pelbagai pengisian menarik kepada para peserta antaranya pengenalan metodologi iaitu pembelajaran berasaskan hubungan untuk meningkatkan kapasiti pelajar dalam membantu komuniti dan meningkatkan kemahiran Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) mereka.

Untuk info, Cikgu Sean Robinson merupakan finalis Global Teacher Prize 2019 anjuran Varkey Foundation dan pemenang Global Educational Supplies and Solutions (GESS) Education Awards 2021.

Beliau telah menerbitkan dua buku berkenaan teori pembelajaran yang direkanya sendiri iaitu Connections-Based Learning (CBL).

image is not available
Antara guru yang mengikuti kelas induk bersama Cikgu Sean Robinson.

Sementara itu, Pengarah KV Keningau, Nordin Akup memberi sokongan penuh terhadap program pengantarabangsaan itu yang dilihat mampu memperluaskan landskap pendidikan kolej dengan mempelbagaikan ruang dan alternatif kepada guru-guru dan para pelajar untuk mendapatkan perspektif, idea dan cabang ilmu yang baharu.

Akhir sekali, kelas induk tersebut boleh diakses melalui pautan: https://youtu.be/y-pxkZnn5UU?feature=shared