Kumpulan samun Geng Boy tumpas, tiga lelaki ditahan

22 Nov 2023 • 12:28 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 22 NOV: Polis menumpaskan kumpulan samun dikenali Geng Boy yang dipercayai aktif melakukan jenayah mencuri dan memecah masuk stor jentera simpanan berat di Jalan Sungai Buaya, Serendah susulan penangkapan tiga lelaki, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata tiga lelaki tempatan berumur 31 hingga 46 tahun itu ditahan 2.30 pagi di sekitar Rawang dan Hulu Selangor.

“Modus operandi sindiket adalah menyasarkan gudang dan stor yang digunakan untuk meletakkan barangan, peralatan serta mesin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Faizal berkata semakan polis mendapati dua daripada tiga suspek memiliki rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah dan dadah, manakala ujian air kencing mendapati semua suspek negatif dadah.

“Ketiga-tiga lelaki berkenaan direman tujuh hari sehingga 28 November ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan,” katanya.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved