
Kota Kinabalu: Kumpulan terakhir jemaah haji Sabah seramai 101 orang, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) kira-kira jam 5.10 pagi, Rabu.
Ketibaan mereka disambut Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Ruslan Muharam dan Pengarah Tabung Haji (TH) Negeri Sabah, Yusdi Nasip.
Rombongan terdiri daripada jemaah haji dari Sandakan dan Lahad Datu, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdul Aziz, Madinah kira-kira jam 9 pagi (waktu Arab Saudi) Isnin lepas dengan pesawat Malaysia Airlines.
Ruslan yang ditemui mengucapkan syabas kepada TH atas perkhidmatan cemerlang menguruskan jemaah haji dari bermula perjalanan mereka ke tanah suci hingga kembali ke tanah air.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Beliau berkata, komitmen TH itu terbukti, dengan pengiktirafan Kerajaan Arab Saudi melalui Anugerah Labbaittom bagi kategori kepuasan tertinggi dalam perkhidmatan, buat kali ketiga berturut-turut.
“Malah, kecekapan dipamerkan TH dalam mengendalikan operasi haji ini telah menjadi contoh kepada negara lain, seterusnya menjadi antara pengelola haji terbaik di dunia.
“Komitmen TH ini akan menjadi pemangkin kepada operasi haji seterusnya, pada masa sama memupuk keyakinan kepada semua bakal haji yang akan menunaikan ibadah itu selepas ini,” katanya.
Sabah mencatatkan jumlah keseluruhan jemaah haji seramai 940 orang telah berangkat ke tanah suci untuk musim haji tahun ini.
Terdahulu, 100 penerbangan sewa khas disediakan Amal by Malaysia Airlines dan Saudia Airlines, bagi membawa semua jemaah haji pulang ke tanah air bermula 24 Jun dan penerbangan terakhir dijadualkan pada 20 Julai.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


