Kempen Simpan Baik-Baik KWSP telah diadakan dari September hingga Disember 2025
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Turun Padang, Ajak ‘Simpan Baik-Baik’.
Usaha KWSP dalam meningkatkan tahap literasi kewangan rakyat Malaysia terus diperkasakan menerusi aktiviti turun padang sempena kempen Simpan Baik-Baik, yang telah berlangsung dari September hingga Disember 2025.
Kempen ini bertujuan untuk menekankan kepentingan merancang kewangan dan menabung sejak awal.
Program Literasi Kewangan Simpan Baik-Baik (PLKSBB) x Genta Hikayat
Menerusi kempen Simpan Baik-Baik, pelbagai aktiviti turun padang dijalankan di bawah Program Literasi Kewangan Simpan Baik-Baik (PLKSBB). Antara penganjuran terbaharu adalah PLKSBB x Genta Hikayat yang telah berlangsung di Pasar Seni, Kuala Lumpur.
Program selama tiga hari ini berjaya menghidupkan suasana hujung minggu dengan gabungan elemen tradisional dan pendekatan literasi kewangan yang disampaikan secara santai dan mudah difahami. Ia bukan sahaja menjadi ruang riadah untuk para pengunjung, malah berfungsi sebagai medium penting untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menabung dan merancang kewangan sejak awal.


Bagi anda yang terlepas atau ingin tahu apa yang hype tentang PLKSBB x Genta Hikayat ini, mari kita imbas sorotan menarik sepanjang program berlangsung.
1.Booth KWSP Bertema Klasik
Antara tarikan utama semasa program berlangsung semestinya booth KWSP yang bertemakan klasik. Setiap stesen aktiviti literasi kewangan diilhamkan daripada permainan tradisional, menambahkan elemen tradisi dan budaya. Selain pelbagai aktiviti interaktif, pengunjung juga berpeluang mengenali KWSP dengan lebih dekat, termasuk jenis-jenis akaun serta maklumat asas yang penting dalam perancangan kewangan dan persaraan.


2.Menggamit Memori di Ruang Kenangan
Di sinilah kenangan lama kembali hidup. Di samping menyampaikan mesej literasi kewangan, KWSP turut menghidupkan elemen tradisi dan budaya menerusi Ruang Kenangan, yang membawa pengunjung mengimbau kembali keseronokan permainan tradisional yang pernah mewarnai zaman kanak-kanak. Pengunjung berpeluang mencuba sendiri permainan seperti congkak, batu seremban, dan tating lawi – yang suatu ketika dahulu menjadi kegemaran ramai, namun kini semakin jarang ditemui.




3.Penampilan Pempengaruh Terkemuka dan Cenderamata Eksklusif
Program ini diserikan dengan persembahan dan sesi bersama pempengaruh terkenal, Firdaus dan Fahimi Rahmat, diikuti persembahan oleh Kucaimars dan Emeer Bakri. Kehadiran mereka bukan sahaja menarik perhatian pengunjung, malah turut membantu menyebarluaskan mesej Simpan Baik-Baik.

Secara keseluruhannya, penglibatan KWSP dalam program ini boleh disifatkan sebagai satu usaha yang mencerminkan komitmen berterusan mereka dalam menyemai kesedaran literasi kewangan kepada semua.
Untuk info lanjut, anda boleh mengikuti platform media sosial rasmi KWSP di Instagram, X, TikTok, Facebook, LinkedIn, dan Youtube, atau layari laman web rasmi mereka.
Ingat, seronok berbelanja itu sementara, tapi Simpan Baik-Baik buat kita lebih bersedia untuk masa hadapan!
Baca juga artikel berkaitan tabungan KWSP yang pernah kami terbitkan sebelum ini:
Wanita Hampir Berjaya Kumpul RM2 Juta Dalam KWSP Pada Usia 35 Tahun, Ini Rahsianya
Ini Cara Pengeluaran Atau Pemindahan Simpanan Ke Akaun Fleksibel Secara Online


