Kumpulan Wang Simpanan Pekerja terus labur dalam sektor 'oil and gas'

Business & Finance
25 Jul 2023 • 4:47 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Malaysia akan terus melabur dalam sektor minyak dan gas (O&G) negara bagi meraih keuntungan untuk diagihkan sebagai dividen kepada 16 juta ahlinya.

Ketua Pegawai Strategi KWSP Nurhisham Hussein berkata itu adalah kewajipan agensi perlindungan sosial terbesar Malaysia itu.

Beliau berkata demikian pada acara Energy Asia 2023 baru-baru ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur pada 28 Jun.

KWSP mengiktiraf bahawa Malaysia juga komited untuk menjadi negara neutral karbon seawal 2050.