
BEAUFORT: Seramai 168 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Ladang Lumadan menerima bantuan persekolahan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) anjuran KYS Zon Pedalaman Selatan, di sini.
Program Penyerahan Skim Bantuan Khas (SBK) itu telah dirasmikan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lumadan, Datuk Ruslan Muharam.
Hadir sama Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon KYS, Zulkhairi Ismail dan Pegawai Daerah Beaufort, Mohd Nazri Ajun.
Ruslan dalam ucapannya menyambut baik usaha KYS itu kerana mampu mengurangkan beban ibu bapa murid-murid terbabit yang keseluruhannya terdiri dari golongan B40.
SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more Pada masa sama katanya, inisiatif berkenaan juga memenuhi aspirasi dan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor dalam usaha memperkasa pendidikan anak-anak Sabah.
“Usaha KYS ini menepati aspirasi YAB Ketua Menteri (Hajiji) untuk memperkasa pendidikan anak-anak kita khususnya golongan kurang berkemampuan sejajar dengan agenda Sabah Maju Jaya (SMJ).
“Pelbagai inisiatif dilaksanakan kerajaan negeri bagi mencapai agenda itu menerusi beberapa agensi seperti KYS, sekaligus memenuhi hala tuju kita melahirkan lebih ramai modal insan bersahsiah,” katanya.
Sementara itu, Zulkhairi berkata, KYS menyediakan banyak bantuan dan peluang pendidikan seperti tajaan lanjutan pelajaran ke Instituti Pengajian Awam dan Swasta.
Katanya, usaha murni itu dilaksanakan secara berterusan dan merangkumi kepentingan semua rakyat terutamanya pendidikan anak-anak golongan kurang berkemampuan dan miskin.
“KYS menyediakan pelbagai bantuan pendidikan yang dasarnya meliputi pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan juga pengajian tinggi.
“Usaha signifikan ini juga melibatkan pemberian bantuan kewangan untuk pelajar di peringkat menengah dan pengajian tinggi,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


