Kumpulan Yayasan Sabah buka permohonan biasiswa, pinjaman

LocalBusiness & Finance
22 Apr 2025 • 10:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) membuka peluang kepada pelajar berkelayakan untuk memohon tajaan Dermasiswa, Biasiswa, dan Pinjaman Pengajian Tinggi bagi sesi pengajian 2025.

Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan sokongan kewangan kepada pelajar Sabah yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

“Dengan pelaksanaan tajaan ini, kami berharap dapat membuka lebih banyak peluang pendidikan kepada anak-anak Sabah yang berpotensi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Kami memberi keutamaan kepada mereka yang berasal dari negeri ini kerana kami ingin melihat lebih ramai warga Sabah yang berjaya dalam bidang akademik dan profesional,” kata Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar Khan Bahadar.

Antara jenis tajaan yang ditawarkan termasuk Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS) bagi pelajar cemerlang SPM 2024, Biasiswa Pengajian Tinggi di IPTA/IPTS dalam bidang Pertanian, Seni Bina, Ukur Bahan, Keusahawanan, Pergigian dan Pengajian Islam serta biasiswa untuk pengajian di luar negara seperti Indonesia, Mesir, dan Rusia. Di samping itu, pinjaman pengajian turut disediakan untuk pelajar yang tidak memenuhi syarat Biasiswa atau Dermasiswa.

Gulamhaidar menambah, pihaknya menggalakkan pelajar yang memenuhi syarat untuk memanfaatkan peluang itu bagi melanjutkan pengajian mereka ke tahap lebih tinggi kerana pendidikan adalah kunci kejayaan masa depan.

“Program ini merupakan manifestasi keprihatinan Kumpulan Yayasan Sabah terhadap keperluan pendidikan tinggi anak-anak Sabah. Ia bukan sahaja membantu meringankan beban kewangan ibu bapa, malah membuka peluang kepada para pelajar untuk melanjutkan pengajian tanpa halangan.

“Kami berharap dengan adanya inisiatif seperti ini, akan lebih ramai pelajar dari negeri Sabah dapat merealisasikan impian mereka dan seterusnya dapat menyumbang semula kepada pembangunan negeri,” katanya.

Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui Portal Tajaan Pendidikan Sabah (PTPS) di https://ptps.sabah.gov.my. Tarikh tutup permohonan ialah 30 Jun 2025.

Semua borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat Bahagian Pembangunan Pendidikan, Kumpulan Yayasan Sabah, Aras 5, Menara Tun Mustapha, Teluk Likas, Kota Kinabalu.

Untuk maklumat lanjut mengenai syarat-syarat permohonan dan jenis tajaan yang tersedia, pemohon boleh melayari laman web Kumpulan Yayasan Sabah di https://www.yayasansabahgroup.org.my atau menghubungi Bahagian Pembangunan Pendidikan di talian 088-421123/125/126/127/128.

View Original Article