
KUNAK: Penubuhan persatuan wartawan media di daerah ini dilihat perlu untuk melahirkan lebih banyak wartawan atau pemberita pelapis.
Bekas pemberita sambilan Kassim Ajirul berkata Kunak memerlukan persatuan wartawannya sendiri seiring dengan perubahan semasa dan capaian maklumat digital yang semakin berkembang pesat, selain lambakan maklumat di platform media sosial.
“Walaupun banyak sumber berita mudah diakses, peranan wartawan atau pengamal media berdaftar sangat penting dalam menyampaikan maklumat yang terkini, tepat dan beretika.
