
KUNAK: Kemudahan kompleks sukan perlu dibina di daerah ini sebagai fasiliti penting dalam menyedia prasarana yang sempurna bagi sebarang aktiviti sukan.
Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kunak, Hussin Mohd Rais berkata, kemudahan itu juga memberi peluang kepada golongan belia untuk mengasah bakat mereka dalam sebarang aktiviti sukan yang diceburi.
