Kunjungan pertama sebagai Menteri Pertahanan, Khaled tiba di Brunei untuk lawatan kerja

9 Jul 2024 • 1:34 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Brunei untuk lawatan kerja selama dua hari sekali gus menjadikan ia sebagai kunjungan pertamanya sejak memegang jawatan tersebut pada Disember lalu.

Ketibaan beliau disambut oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin dan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan Brunei Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim.

Khaled tiba di Brunei untuk lawatan kerja

image is not available

Foto: Facebook Khaled Nordin

Malah, ketibaannya turut disambut oleh Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei, Pemangku Pengarah Dasar Pertahanan, Kementerian Pertahanan Brunei Yang Mulia Dayang Marina binti Abdullah Sitau serta beberapa pegawai lain.

image is not available

Foto: Facebook Khaled Nordin

“Saya tiba di Negara Brunei Darussalam hari ini (semalam) untuk lawatan kerja rasmi selama dua hari.
“Lawatan ini merupakan yang pertama sejak dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada Disember tahun lalu,” tulisnya menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.

image is not available

Foto: Facebook Khaled Nordin

image is not available

Foto: Facebook Khaled Nordin

“Lebih-lebih lagi dalam konteks pertahanan kini yang berdepan dengan pelbagai ancaman dan cabaran baru, sama ada di rantau ini mahupun peringkat global, termasuklah dalam konteks bukan tradisional.
“Kesemua ini memerlukan kerjasama yang erat antara negara.
“Saya turut menzahirkan ucapan penghargaan Kerajaan Malaysia atas bantuan Brunei dalam misi mencari Anggota Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) yang hilang di sempadan Malaysia-Brunei baru-baru ini.
“Semoga lawatan ini berjalan dengan lancar dan membuahkan hasil yang baik buat kedua-dua buah negara. Insya-Allah,” ujarnya.

image is not available

Foto: Facebook Khaled Nordin