Kunjungi Majlis Doa Selamat Fattah Amin, ‘Posting’ Terbaru Dr Zulkifli Undang Komen Nakal Netizen – “Gambar Kak Long Pun Ada..”

LocalEntertainment
25 Feb 2025 • 11:38 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai dakwaan mengatakan pelakon, Fattah Amin sudah mengikat tali pertunangan dengan penyanyi, Amira Othman pada Jumaat lalu.

Walau bagaimanapun, Fattah telah menafikan berita tersebut dan mengakui bahawa dia juga terkejut mendengar gosip itu.

image is not available

Namun, kisah mengenai Fattah dan Amira kembali menjadi tumpuan netizen apabila bekas mufti wilayah, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memuat naik posting terbarunya awal pagi tadi.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagramnya, dia mendedahkan baru-baru ini dia telah memenuhi jemputan Fattah Amin sekeluarga bagi menyampaikan tazkirah dalam Majlis Doa Selamat yang diadakan bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadan.

image is not available

Menerusi hantaran tersebut, terdapat beberapa foto yang memaparkan situasi ketika majlis sedang berlangsung dan dapat dilihat penyanyi itu turut menghadiri majlis tersebut.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat posting itu dan berharap agar ada sesuatu yang baik akan berlaku di antara pelakon dan penyanyi itu.

image is not available

image is not available

image is not available 20 hours ago

Timbul Dakwaan Sudah Bertunang Dengan Amira Othman, Fattah Amin Tampil Beri Penjelasan - “Kami Berdua Sama-Sama Terkejut..”