Kuota TKM 3 wajar diberi kepada pemimpin kanan parti: PGRS Sukau

Politics
10 Jun 2023 • 12:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang pemimpin Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) pada Jumaat mengesyorkan agar kuota Timbalan Ketua Menteri (TKM) 3 diberikan kepada pemimpin kanan parti yang telah lama berjuang bagi membolehkan pemimpin itu dapat berkhidmat lebih berkesan kepada rakyat.

Naib Ketua Bahagian PGRS Sukau, Azman Mastar, berkata jawatan itu tidak sewajarnya terus dikekalkan kepada Datuk Shahelmey Yahya yang tidak berparti ketika ini dan jawatan itu sangat wajar ditawarkan kepada pemimpin yang menganggotai parti terutama PGRS.

Katanya, ini satu realiti di mana perlu berani dilakukan perubahan selaras dengan situasi politik semasa di samping untuk memberi keyakinan kepada rakyat terhadap pendirian kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada masa ini.