Kurang Ajar, Artikel ‘Misoginis’ Yang Ditujukan Buat Pencapaian BLACKPINK Dikritik Peminat

Music
28 Nov 2023 • 3:59 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Peminat mendapati bahawa artikel yang ditujukan kepada BLACKPINK tersebut adalah tidak sopan dan agak menyinggung.

Baru-baru ini, kesemua ahli BLACKPINK telah menerima anugerah istimewa daripada Raja Charles III di istana Buckingham.

Malah, mereka juga telah mencipta sejarah apabila menjadi idola K-Pop dan pemuzik bukan warga British pertama yang menerima gelaran kehormat tersebut.

Selain daripada ahli BLACKPINK dan peminat, netizen termasuk media juga turut meraikan pencapaian tersebut. Namun, terdapat satu artikel mengenai pencapaian itu yang telah mendapat perhatian ramai.

Di mana, artikel yang disiarkan melalui akhbar tabloid Britain iaitu ‘Daily Mail’ telah menulis artikel tersebut dengan tajuk yang dianggap menyinggung dan tidak sopan.

Artikel yang menampilkan BLACKPINK di muka hadapan itu bermula dengan ayat yang mengatakan,

Awak mungkin tak pernah dengar tentang BLACKPINK sebelum Raja Charles III menghormati mereka.

Dalam masa yang sama, artikel tersebut turut menulis ayat-ayat yang tidak sopan didengar seperti ‘buat pembedahan plastik’, ‘diet sehingga kelaparan’ dan banyak lagi.

Dengan ini, netizen datang membela BLACKPINK dan mengatakan bahawa ianya tidak perlu untuk menyelubungi pencapaian bersejarah kumpulan itu dengan tajuk yang ‘misoginis’, memfitnah, ‘xenofobia’ dan menyinggung dengan artikel yang mengelirukan.

Korang rasa macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.