Kurang Bahan Api? Shell Malaysia Mohon Maaf, Usaha Pulihkan Segera Beberapa Stesen Terjejas

LocalBusiness & Finance
9 Apr 2026 • 10:15 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Shell Malaysia Trading Sdn Bhd menekankan komitmennya dalam memastikan kesinambungan bekalan bahan api di seluruh rangkaian stesennya, selaras dengan pengumuman terkini kerajaan berhubung ketahanan tenaga.

Dalam kenyataan hari ini, pihak Shell menjelaskan bahawa usaha berterusan sedang dijalankan untuk mengekalkan bekalan bahan api yang konsisten di semua stesen.

image is not available

“Mungkin terdapat peningkatan permintaan sementara, yang boleh mengakibatkan kekurangan bahan api secara sementara di beberapa stesen.
“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami oleh para pelanggan dan akan terus berusaha memulihkan bekalan di stesen-stesen yang terjejas secepat mungkin,” kata pihak Shell.

image is not available

Selasa lalu, Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, memaklumkan bahawa Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) sedang meneliti langkah-langkah mempelbagaikan sumber bahan api, memperkukuh kerjasama dengan negara dagang utama, dan memastikan keterjaminan bekalan negara dalam menghadapi krisis tenaga global.

Artikel lain: Shell Batalkan Hasrat Tutup 34 Stesen Minyak Di Sabah

Beliau menegaskan bahawa kerajaan memberi tumpuan penuh terhadap usaha memperkukuh ketahanan bekalan negara demi kepentingan rakyat dan kestabilan ekonomi.

Sumber: BERNAMA

The post Kurang Bahan Api? Shell Malaysia Mohon Maaf, Usaha Pulihkan Segera Beberapa Stesen Terjejas appeared first on Borak Daily.