Kurang Seminggu Selepas Dilancarkan ChatGPT Sudah Mempunyai 1 Juta Pengguna

TechnologyDigital
6 Dec 2022 • 9:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Minggu lalu antara pengumuman paling menarik ialah ChatGPT yang merupakan kecerdasan buatan yang menghasilkan karangan berdasarkan input pendek yang diberikan pengguna. Kurang seminggu selepas dilancarkan oleh OpenAI, ChatGPT mempunyai 1 juta pengguna menurut ciapan yang dihantar oleh Sam Altman, CEO OpenAI.

image is not available

ChatGPT boleh digunakan sesiapa sahaja asalkan mereka mempunyai akaun OpenAI yang adalah percuma. Seperti DALL.E 2 yang menghasilkan imej berdasarkan input teks, ChatGPT boleh menghasilkan karangan, puisi, ulasan dan memberikan pendapat mengenai pelbagai subjek. Malahan ia mempunyai kemampuan mengajuk gaya penulisan penulis terkemuka seperti William Shakespeare berdasarkan input yang diberikan.

Walaupun baru dilancarkan, ChatGPT sudah menimbulkan beberapa kontroversi. Kerana kualiti karangannya yang sebaik manusia, ia mungkin boleh digunakan oleh pelajar untuk menulis kertas kerja sekolah berdasarkan topik yang diberikan. Ini memberikan cabaran kepada tenaga pengajar untuk mengesan sama ada kerja rumah yang diberikan benar-benar ditulis pelajar atau karya ChatGPT.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved