Kurang tenaga kerja terlatih Sabah dalam sektor hospitaliti

LocalBusiness & Finance
27 Sep 2026 • 12:14 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Kurang tenaga kerja terlatih Sabah dalam sektor hospitaliti

Kota Kinabalu: Industri perhotelan Sabah berkembang pesat kini berdepan cabaran mendapatkan tenaga kerja anak tempatan mencukupi dan terlatih bagi mengisi peluang pekerjaan yang semakin bertambah kata Pengerusi Sabah Hospitality Fiesta (SHF) 2026 Suresh Ramasamy.

Beliau berkata perkembangan industri hospitaliti negeri bergerak lebih pantas berbanding pertumbuhan kumpulan bakat sekaligus mewujudkan jurang yang perlu ditangani segera.

“Industri perhotelan Sabah berkembang lebih pantas daripada kemampuan kita menyediakan tenaga kerja terlatih yang seiring dengan perkembangan itu.

“Pertambahan hotel di Kota Kinabalu dan kawasan lain di Sabah selain kemasukan rangkaian hotel antarabangsa meningkatkan permintaan terhadap pekerja terlatih.

“Kita belum memiliki ramai rakyat Sabah yang terlatih dan bersedia untuk mengisi jawatan di kaunter hadapan, dapur, perkhidmatan tetamu dan akhirnya jawatan pengurusan yang diperlukan susulan perkembangan ini,” katanya pada sidang media di Howard Johnson by Wyndham KKCC Hotel.

Suresh berkata SHF kini diposisikan sebagai sebahagian daripada penyelesaian dengan melangkaui pertandingan kemahiran bagi mewujudkan laluan terus daripada latihan kepada pekerjaan dan pendidikan lanjut.

Menurutnya ukuran sebenar kejayaan SHF ialah apa yang berlaku kepada peserta selepas pingat disampaikan.

Katanya usaha itu termasuk menjejaki jumlah peserta yang berjaya mendapatkan pekerjaan di hotel, mengikuti perantisan kulinari atau melanjutkan latihan selepas kebolehan mereka dikenal pasti oleh juri dan majikan industri.

SHF ke-26 dan Sabah Hospitality Expo (SOHEX) akan berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC) dari 20 hingga 22 November.

SHF tahun lalu menarik 437 peserta dalam 25 kategori kemahiran serta hampir 4,000 pengunjung sepanjang tiga hari, manakala penganjur menyasarkan lebih 500 peserta tahun ini.

Ekspo Pendidikan turut diperkenalkan bagi membawa laluan pengajian dan kerjaya dalam bidang hospitaliti serta pelancongan secara terus kepada pelajar dan ibu bapa, termasuk program diploma, pengajian peringkat ijazah serta peluang penempatan industri.

Suresh berkata masih terlalu ramai pelajar berkemampuan melihat bidang hospitaliti sebagai pilihan terakhir, bukannya kerjaya profesional.

Sementara itu SOHEX dijangka menarik sehingga 10,000 pengunjung dan turut menampilkan pameran pendidikan serta pameran pengantin selain aktiviti perdagangan dan jaringan industri.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved