Kurma mentega enak, tapi jangan makan berlebihan: KKM

19 Mar 2024 • 10:03 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Kurma mentega yang menjadi kegilaan ramai ketika ini diakui ramai sebagai sedap dan sesuai dengan tekak mereka.

Bagaimanapun dalam keghairahan tersebut, aspek kesihatan perlu diambil kira terutama dengan gaya hidup rakyat Malaysia yang tidak aktif.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Facebook menekankan kepada kepentingan pengambilan kurma butter dengan penuh berhati-hati.

Jelasnya gabungan kurma dan mentega membantu memberikan tenaga yang diperlukan namun pengambilannya harus secara sederhana dan tidak berlebihan.

“Ambil dengan kuantiti yang sedikit dan utamakan pengambilan hidangan lebih seimbang, lengkap dengan sumber karbohidrat, protein serta sayur dan buah.

“Ia bukan sahaja dapat memberikan tenaga malah memenuhi keperluan nutrien lain yang diperlukan badan,’’ katanya.

Baru-baru ini, kurma butter atau mentega menjadi tular di media sosial.

Kurma tersebut dibelah dua dan diletakkan mentega di tengahnya.

Ramai yang menyifatkan ia sebagai sedap tetapi pakar perubatan meminta orang ramai mengambilnya dalam kadar sederhana. - 19 Mac, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved