Kurung rakan senegara, tiga lelaki ditahan: Polis

8 Feb 2023 • 8:08 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki warga asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pengurungan salah dan pemerasan wang RM25,000 membabitkan rakan senegara di Petaling Jaya, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata polis menerima laporan daripada seorang lelaki warga asing yang menyatakan dia dihubungi rakan senegara yang mendakwa telah diikat serta dikurung secara salah oleh sekumpulan lelaki dan mereka meminta wang tebusan sebanyak RM25,000.

“Bertindak atas maklumat, pada hari sama, sepasukan polis telah membuat serbuan dan tangkapan ke atas tiga lelaki warga asing di PJ Centrestage,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata kesemua suspek direman selama empat hari hingga 9 Feb ini dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 348 Kanun Keseksaan. -Bernama