KUSKOP bangga dengan pencapaian AIM, bantu ramai wanita jadi usahawan

Business & Finance
29 Jan 2024 • 4:44 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bangga dengan pencapaian Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang telah membantu ramai golongan wanita menjadi usahawan.

image is not available

KUSKOP bangga dengan pencapaian AIM

Timbalan menterinya Datuk R Ramanan turut memuji pengurusan AIM yang berjaya mencatat peratus bayaran balik pinjaman terbaik iaitu pada kadar 99.91%.

image is not available

Foto: NST

Beliau juga meminta AIM membantu kerajaan dalam usaha memastikan lebih banyak golongan kurang kemampuan dapat dikenal pasti dan dibantu melalui kepakaran dalam usaha membasmi kemiskinan.

Ramanan berkata demikian ketika mengadakan sesi lawatan kerja dan taklimat operasi AIM, di Ibu Pejabat AIM, Bandar Sri Damansara hari ini.

image is not available

Hadir sama Pengerusi Lembaga AIM, Datuk Seri Dr Syed Hussian Syed Junid; Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz serta pengurusan kanan AIM.

Sementara itu, Ramanan berkata, AIM wajar dicontohi agensi lain di bawah KUSKOP selain bukan hanya sebagai agensi penyedia pembiayaan mikro, ia juga ibarat sebuah keluarga besar yang begitu dekat serta akrab dengan Sahabat Usahawan.

KUSKOP bangga dengan pencapaian AIM, bantu ramai Sahabat Usahawan

Untuk rekod, AIM telah berjaya membantu ramai Sahabat Usahawan AIM dan golongan miskin dengan menyediakan pembiayaan kredit mikro.

Sehingga kini, seramai 322,733 Sahabat Usahawan AIM mengusahakan pelbagai kegiatan ekonomi dari seluruh Malaysia dimana 6,404 daripadanya adalah berbangsa India.

image is not available

Tahun lalu, AIM telah meluluskan sebanyak RM2.57 bilion pembiayaan dengan bilangan peminjam semasa sebanyak 322,733 serta mencatatkan Non Performing Loan pada kadar 0.09%.

Manakala sejak ditubuhkan 37 tahun lalu, AIM telah meluluskan sebanyak RM32.52 bilion dengan jumlah pinjaman (kumulatif) sebanyak 968,321.

Ia juga telah mencatatkan jumlah jangkauan isi rumah yang dibantu untuk keluar dari garis kemiskinan sebanyak 3,783,284.