
PENAMPANG: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) berharap lebih ramai usahawan tempatan di negeri ini mengeluarkan pakaian tradisi etnik.
Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata Kuskop menyediakan pelbagai skim yang dapat membantu perniagaan mereka.
“Malah jika ada usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan melalui perolehan mesin, automasi dan digitalisasi bagi meningkatkan produktiviti, Kementerian juga telah melancarkan skim geran usahawan Bumiputera Sabah dan Sarawak di bawah Bumiputera Enterprise Enhancement Program (Beep) Plus oleh agensi SME Corp,” katanya.



