Kuskop kenal pasti 18 tapak Projek Tamu Desa

24 Mar 2024 • 2:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) telah mengenal pasti 18 tapak pelaksanaan untuk Projek Tamu Desa di seluruh negeri ini.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata Kuskop telah memulakan tinjauan di 18 tapak tamu mingguan, termasuk di Kota Belud, Sipitang dan Sandakan.

“Pegawai dan agensi di bawah Kuskop bersama Pegawai Daerah dan Juruteknik daerah berkenaan telah memulakan tinjauan di 18 tapak yang dipohon bagi mengenal pasti kesesuaian tapak dan kos perbelanjaan.

“Saya juga meminta tinjauan itu dilaksanakan untuk memastikan tiada isu terkait dengan tanah tersebut yang menyebabkan projek Tamu Desa di kawasan berkenaan tidak dapat dilaksanakan,” katanya, menambah tamu tersebut perlu dibina di luar kawasan perkadaran bagi membantu ahli koperasi dan penduduk setempat menjana pendapatan.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Penyampaian Bantuan Awal Pengajian (BAP) Sumbangan Yayasan Bank Rakyat (YBR) dan Pelancaran Koperasi Libaran Sabah Berhad (Koulis) sempena Program Usahawan Madani di sini, Sabtu.

Hadir sama, Pengerusi YBR Datuk Philip Benedict Lasimbang, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Sabah Matias Kundapin, Pengerusi Koulis Dr Peter Jr Naintin dan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Henry Idol.

Pada majlis itu, Ewon menyampaikan BAP bernilai RM500 setiap satu kepada 90 pelajar universiti di kawasan Libaran.

Ewon berkata kementeriannya memulakan Projek Tamu Desa itu bagi menaik taraf kemudahan keusahawanan di kawasan tamu sedia, sekali gus membantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat.

“Walaupun sebahagian tapak tamu itu telah saya lawati sebelum ini namun tinjauan itu penting bagi memuktamadkan atau memperincikan kos dan kelengkapan lain diperlukan.

“Contohnya di Kota Belud, kita ada Tamu Mingguan sedia ada dan ada cadangan supaya tamu pada waktu malam diperkenalkan, maka keperluannya adalah untuk memasang tiang lampu solar,” katanya.

Dalam lawatan kerja sehari ke Sandakan, Ewon turut meluangkan masa meninjau tapak cadangan pembinaan Tamu Desa di Ulu Dusun, Libaran.

Beliau berkata tapak itu sangat sesuai kerana bersebelahan dengan sekolah rendah dan klinik kesihatan.

“Saya difahamkan penjaja kecil berjualan setiap hari Isnin hingga Jumaat menggunakan meja dan khemah sahaja. Bagaimanapun, saya meminta isu kebenaran membina Tamu Desa serta konsensus penubuhan koperasi penjaja dibincangkan oleh pemegang-pemegang taruh di sini,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.