Kuskop komited laksana perolehan berimpak sosial

LocalBusiness & Finance
30 Jul 2026 • 3:29 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kuskop komited laksana perolehan berimpak sosial

PETALING JAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) komited meningkatkan peruntukan perolehan daripada perusahaan sosial tempatan kepada RM300,000 tahun ini menerusi Inisiatif Perolehan Impak Sosial Malaysia (PRISMA).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim berkata, nilai tersebut melonjak tiga kali ganda berbanding peruntukan RM100,000 yang dibelanjakan kementerian itu pada tahun lalu.

Menurut beliau, Kuskop mahu menjadi kementerian terawal yang menetapkan teladan dalam meningkatkan ekosistem keusahawanan sosial di negara ini.

“Di bawah kerangka PRISMA, kita menggalakkan agensi kerajaan dan korporat membuat perolehan perniagaan yang memberi impak terus kepada masyarakat serta alam sekitar, bukannya secara konvensional semata-mata.

“Sasaran perolehan PRISMA di bawah SEMy2030 adalah RM2.6 bilion menjelang 2030, namun ketika ini nilai perolehan pasaran baharu mencapai sekitar RM26 juta. Jadi Kuskop tampil mendahului dengan peruntukan RM300,000 tahun ini,” katanya pada Konvensyen Ekosistem Perusahaan Sosial 2026, di sini hari ini.

Menurutnya, sebanyak 10 kumpulan perintis merangkumi syarikat korporat dan agensi kerajaan telah membuat ikrar komitmen perolehan sosial bagi menyokong inisiatif berkenaan.

Dalam pada itu, beliau mengumumkan pengecualian yuran penarafan Perusahaan Sosial Akreditasi bernilai RM300 dan Perusahaan Sosial Asas (RM50) bermula 1 Ogos hingga 17 September ini bagi membolehkan lebih banyak syarikat mendaftar.

“Langkah ini penting kerana daripada sasaran 5,000 perusahaan sosial menjelang 2025, kita baru ada sekitar 640 lebih syarikat yang berdaftar. Kebanyakan peniaga sudah buat aktiviti impak sosial tetapi tidak mendaftar kerana isu kos dan kesedaran,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

The post Kuskop komited laksana perolehan berimpak sosial appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved