Kutip RM24 Juta Untuk Nombor Pendaftaran Istimewa 'AA'

LocalCars
24 Apr 2025 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Percaya atau tidak, nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri A A mendapat sambutan luar biasa memandangkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengutip sebanyak RM24 juta sejak ia dibuka untuk dibida sempena Sambutan Ulang Tahun Hari JPJ Ke-79.

Perkara itu disahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Menurutnya, bidaan itu mendapat sambutan luar biasa dengan jumlah penyertaan keseluruhan pembida siri terbabit seramai 24,470 orang dan sebanyak 6,746 pembida berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing.

image is not availableimage is not available

image is not available

"Berdasarkan kepada rekod bidaan, NPI Siri A A yang dibida dengan harga paling tinggi ialah A9A dengan nilai RM902,020.

"Seterusnya, bidaan kedua tertinggi adalah A11A dengan harga bidaan RM703,007, diikuti A8A berada pada bidaan ketiga tertinggi dengan nilai RM700,000. Kemudian, A7A adalah NPI keempat tertinggi dengan nilai bidaan RM502,000 dan kelima tertinggi A2A dengan nilai RM490,888," katanya.

Antara lima nombor paling banyak dibida adalah A51A seramai 40 pembida, A101A (31 pembida), A8118A (29 pembida), A1881A (27 pembida) dan A19A (27 pembida).