Kutipan dan bekalan menurun, HSI pohon orang ramai derma darah

10 Dec 2023 • 12:27 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Status terkini kutipan dan pembekalan darah bagi kesemua kumpulan darah di Unit Perubatan Transfusi, Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, semakin menurun.

Menerusi hantaran dalam Facebook HSIJB Blood Donation Drive Schedule itu, kumpulan darah jenis O adalah yang paling kurang setakat ini.

Justeru, orang ramai dipohon untuk tampil menderma darah bagi kesinambungan menyelamatkan pesakit yang memerlukan.

“Mohon juga para penderma yang hadir agar menepati kriteria pendermaan darah dan membawa sama buku pendermaan serta dokumen pengenalan diri,” menurut hantaran itu hari ini.

Orang ramai boleh melayari Instagram Blood Bank HSIJB, Facebook HSIJB Blood Donation Drive Schedule atau TikTok Blood Seekers HSIJB bagi mendapatkan jadual terkini aktiviti kutipan darah. -Bernama