Kutipan Tol Di Plaza Tol Eco Grandeur, Lebuhraya LATAR Bermula Tengah Malam Ini

LocalBusiness & Finance
6 Aug 2026 • 5:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kutipan Tol Di Plaza Tol Eco Grandeur, Lebuhraya LATAR Bermula Tengah Malam Ini

Kutipan Tol Di Plaza Tol Eco Grandeur, Lebuhraya LATAR Bermula Tengah Malam Ini

SHAH ALAM, 6 Ogos (Bernama) -- Kutipan tol di Plaza Tol Eco Grandeur, Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) akan mula berkuat kuasa pada 12.01 tengah malam ini selepas lebih lapan bulan pengguna menikmati tol percuma, sejak laluan itu dibuka pada 11 Nov 2025.

LATAR dalam kenyataan hari ini memaklumkan kutipan tol di laluan itu adalah selaras dengan terma Perjanjian Konsesi dan bagi memastikan penyenggaraan, operasi serta penyampaian perkhidmatan lebuh raya kepada pengguna dapat diteruskan secara mampan.

Ketua Pegawai Operasi LATAR Ahmad Fuad Ahmad Shahimi berkata pelaksanaan kutipan tol itu adalah sebahagian daripada pengoperasian rasmi Plaza Tol Eco Grandeur yang telah memberikan manfaat besar kepada pengguna.

“Ia adalah antara infrastruktur penting yang menyokong pertumbuhan pembangunan di koridor utara Selangor dengan menyediakan hubungan yang lebih cekap antara kawasan perindustrian, komersial dan perumahan di kawasan sekitar sejak ia dibuka tahun lepas.

“Pembukaan Persimpangan Eco Grandeur telah meningkatkan tahap kebolehcapaian serta memudahkan pergerakan pengguna, khususnya penduduk dan komuniti perniagaan di sekitar Eco Grandeur, Eco Business Park V, Puncak Alam, Ijok dan Kuala Selangor.

Baca juga:

“Selepas tempoh pengecualian bayaran tol selama lebih lapan bulan, kutipan tol kini dilaksanakan mengikut kadar yang telah diluluskan oleh kerajaan,” katanya.

Ahmad Fuad berkata Plaza Tol Eco Grandeur dilengkapi dengan 10 lorong kutipan tol, iaitu lima lorong bagi setiap arah, yang menyediakan pelbagai kaedah pembayaran tol termasuk Touch 'n Go, SmartTAG, RFID serta kad debit dan kad kredit bagi memastikan proses transaksi tol berjalan dengan lancar dan efisien.

Kadar tol yang dikenakan ialah RM1.15 bagi kenderaan Kelas 1, RM2.30 (Kelas 2), RM3.45 (Kelas 3), RM0.57 (Kelas 4) untuk teksi dan RM1.15 (Kelas 5) bagi bas.

Orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi talian 03-6145 1515 atau mengikuti laman sesawang serta saluran media sosial rasmi LATAR Expressway untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai operasi lebuh raya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved