KWAP catat pendapatan bersih RM9.7 bilion pada 2023, kedua tertinggi sejak ditubuhkan

Business & Finance
31 Jul 2024 • 1:03 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

KWAP catat pendapatan bersih RM9.7 bilion pada 2023, kedua tertinggi sejak ditubuhkan

herman

31/07/2024 - 13:03

KUALA LUMPUR 31 Julai - Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) melaporkan pendapatan bersih RM9.7 bilion pada 2023, kedua tertinggi sejak penubuhannya pada 2007.

Ketua Pegawai Pelaburan KWAP, Hazman Hilmi Sallahuddin berkata, jumlah itu merupakan lonjakan 37 kali ganda daripada RM263 juta yang diraih pada 2022.

Hazman bercakap pada pengumuman keputusan tahun kewangan 2023 hari ini.

Saiz dana KWAP meningkat 7.4% kepada RM169.8 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 daripada RM158.1 bilion pada 2022.

Ini selepas mengambil kira pengeluaran berjumlah RM3 bilion oleh kerajaan untuk membiayai sebahagian liabiliti pencennya.

Dari segi kelas aset dan mengikut kadar pulangan wajaran masa, pelaburan ekuiti awam KWAP mencatatkan 11.0%, ekuiti persendirian 7.9% dan pendapatan tetap mencapai 6.2%. Portfolio infrastruktur pula memberikan pulangan 5.2% dan hartanah 3.5%. - DagangNews.com