KWAP Melakukan Pelaburan Pada Bateriku Dan Lapasar

TechnologyDigital
16 Feb 2024 • 1:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) hari ini mengumumkan mereka telah mula melakukan suntikan pelaburan terus ke dua syarikat pemula tempatan, iaitu Bateriku dan juga Lapasar. Pelaburan ini dilakukan dibawah strategi Dana Perintis oleh KWAP – yang menyasarkan untuk melabur sehingga RM500 juta dibawah strategi berkenaan.

Dua syarikat pemula tempatan yang menerima suntikan pelaburan terus adalah Bateriku dan juga Lapasar.

image is not available

Bateriku merupakan salah satu perkhidmatan yang memfokuskan kepada khidmat gantian bateri kereta dengan menghubungkan kepada ekosistem berhampiran. Pada hari ini, Bateriku mempunyai lebih 170 kedai di seluruh negara.

Sementara Lapasar pula adalah sebuah platform jualan borong yang menyasarkan syarikat PKS, dengan fokus terhadap produk-produk makanan dan runcit.

Dengan pelaburan ini, KWAP menyasarkan kedua-dua syarikat ini akan terus berkembang pesat, disamping turut menerima sokongan KWAP dalam meneruskan kejayaan mereka.

KWAP turut menyatakan akan mengumumkan lebih banyak pelaburan dibawah Dana Perintis dalam masa akan datang.