Kwon Nara Dilapor Bakal Sertai Kim Soohyun Dalam Drama Jenayah ‘Knock Off’

Entertainment
12 Jul 2024 • 2:58 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Selepas “The Midnight Studio”, pasti ramai yang menantikan drama baru dari Kwon Na-ra kan?

Terbaru, Kwon Na-ra dilapor akan membintangi siri Disney+ baru iaitu “Knock Off”, membawa kisah ketika krisis kewangan IMF pada 1997 di mana ia berlatarbelakangkan di ‘pasaran barangan palsu’.

Bagaimanapun, agensi wanita itu masih belum memberi sebarang respon lagi mengenai laporan tersebut.

Menurut laporan, Kwon Na-ra dijangka akan memainkan watak sebagai Moon Yoo-bin, yang mula menjual barangan tiruan bersama adik lelakinya dan diintai oleh Kim Seong-jun, seseorang yang menguasai pasaran tiruan.

image is not available

Sebelum ini, Kim Soo-hyun dan Jo Bo-ah juga turut menerima tawaran untuk terajui drama yang sama dan masih dalam perbincangan lagi setakat ini.

Nantikan maklumat lanjut mengenai drama “Knock Off”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.