KWSP: Anwar tak baca manifesto PN

Politics
8 Nov 2022 • 8:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MOHD RADZI

PUTRAJAYA - Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin meminta Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim membaca manifesto Perikatan Nasional (PN) sebelum mengeluarkan kenyataan berhubung pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.

Jelas beliau, cadangan pengeluaran KWSP tidak terkandung di dalam manifesto Tawaran PN Best sebaliknya dijawab Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika sesi libat urus selepas pelancaran manifesto itu.

"Beliau tidak baca manifesto, saya seru Datuk Seri Anwar Ibrahim, bacalah dahulu baru beri komen,” katanya ketika ditemui pemberita selepas turun berkempen di pasar malam Presint 2, dekat sini pada Selasa.

Menurutnya, Anwar wajar meneliti manifesto lawan sebelum mengeluarkan sebarang pandangan.

"Jadi saya harap pihak media boleh bantu secara jelas, apabila nak buat sesuatu kita ambil pelbagai aspek dan terbuka untuk menerima pandangan,” katanya sinis.

Anwar pada Isnin menempelak cadangan PN untuk melaksanakan penilaian semula pengeluaran KWSP secara bersasar sekiranya berjaya membentuk kerajaan selepas PRU15.

Beliau dilapor berkata, tawaran PN itu dilihat jelas cuba menekan rakyat yang ketika ini terhimpit akibat kemelesetan ekonomi hingga menyebabkan kenaikan mendadak harga barangan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved