KWSP dijangka umum dividen 2025 Sabtu ini

LocalBusiness & Finance
24 Feb 2026 • 6:28 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

KWSP dijangka umum dividen 2025 Sabtu ini image is not available hamden24/02/2026 - 18:28

KUALA LUMPUR 24 Feb - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen tahunan pada hari Sabtu ini (28 Feb).

 

Pengumuman berkenaan akan dibuat semasa taklimat di ibu pejabat KWSP di Menara KWSP, Kwasa Damansara, yang dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn, lapor The Star.

 

Pakar menjangkakan KWSP mungkin mengekalkan kadar dividen untuk simpanan konvensional pada 6.3% atau berpotensi meningkat kepada 6.5%.

 

Artikel berkaitan: KWSP dijangka umum dividen antara 6.3%-6.5% bagi 2025 - Pakar ekonomi

 

Ini berlaku walaupun KWSP mengambil sikap lebih berhati-hati berikutan prestasi suku keempat.

 

Bagi tahun 2024, kedua-dua dana konvensional dan syariah KWSP masing-masing mencatatkan dividen sebanyak 6.3%. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved