KWSP kaji pindah dana ke akaun ahli keluarga, pekerja asing wajib carum

18 Oct 2024 • 7:13 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 18 OKT: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang mengkaji semula skimnya bagi memperkukuh pendekatan pemindahan antara generasi, jelas perdana menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendekatan itu membolehkan sebahagian simpanan KWSP dipindahkan ke akaun ahli keluarga terdekat sebagai persediaan menuju negara menua.

“Kerajaan juga bercadang melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu ke atas caruman dalam Skim Persaraan Swasta dan bayaran premium anuiti tertangguh sehingga taksiran 2030,” katanya.

Bercakap dalam pembentangan belanjawan 2025 hari ini, beliau berkata kerajaan juga bercadang mewajibkan semua pekerja bukan warganegara untuk mencarum KWSP secara berfasa.

Anwar yang juga menteri kewangan menegaskan kerajaan komited memberikan layanan adil kepada semua pekerja tanpa mengira kewarganegaraan selari dengan piawaian antarabangsa.

“Cadangan ini akan dilaksanakan secara berfasa,” katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved