KWSP Umum Dividen 6.15 Peratus Untuk Simpanan Konvensional, Syariah

LocalBusiness & Finance
28 Feb 2026 • 12:15 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umum dividen 6.15 peratus untuk kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, jumlah agihan bagi Simpanan Konvensional membabitkan RM67.1 bilion, manakala Simpanan Syariah pula sebanyak RM12.5 bilion.

“Keseluruhan jumlah agihan pendapatan untuk 2025 adalah RM79.6 bilion,” katanya pada Taklimat Prestasi Kewangan KWSP di Menara KWSP, Kwasa Damansara, hari ini.

image is not available

image is not available

KWSP Umum Dividen 6.15 Peratus

Bagi tahun kewangan 2024, KWSP mengumumkan dividen 6.30 peratus untuk kedua-dua jenis simpanan dengan jumlah keseluruhan agihan sebanyak RM73.24 bilion.

Sementara itu, bagi 2023, dividen Simpanan Konvensional diisytiharkan sebanyak 5.50 peratus berbanding 5.35 peratus pada 2022 dengan jumlah agihan RM50.33 bilion.

image is not available

Artikel lain: KWSP Dijadual Umum Dividen 2025 Sabtu Ini

Dividen Simpanan Syariah pula mencatatkan 5.40 peratus pada 2023 berbanding 4.75 peratus pada 2022, dengan jumlah agihan sebanyak RM7.48 bilion.

Pengumuman terbaharu itu menyaksikan kadar dividen bagi 2025 sedikit rendah berbanding 2024, namun jumlah agihan keseluruhan meningkat, sekali gus memberi pulangan kompetitif kepada pencarum dalam persekitaran ekonomi yang mencabar.

Sumber: FB Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

The post KWSP Umum Dividen 6.15 Peratus Untuk Simpanan Konvensional, Syariah appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved