KWSP Umum Dividen Konvensional 5.5% , Syariah 5.4%

Business & Finance
3 Mar 2024 • 12:30 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 5.50 peratus untuk Simpanan Konvensional. Selain itu, kadar dividen untuk simpanan Syariah bagi tahun 2023.

Perkara itu diumumkan Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, hari ini dengan jumlah pembayaran dividen adalah RM50.33 bilion untuk Simpanan Konvensional dan RM7.48 bilion bagi Simpanan Syariah.

image is not available

image is not available

Ini menjadikan jumlah pembayaran keseluruhan untuk tahun 2023 sebanyak RM57.8 bilion.

Kadar itu lebih tinggi berbanding 5.35 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 4.75 peratus untuk Simpanan Syariah bagi 2022.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn bekata, setakat 31 Disember 2023, KWSP merekodkan jumlah pendapatan pelaburan kasar lebih rendah sebanyak RM66.99 bilion.

image is not available

Tahun lalu, KWSP mengisytiharkan dividen sebanyak 5.35 peratus untuk Simpanan Konvensional 2022. Manakala, 4.75 peratus untuk Simpanan Syariah bagi tempoh sama dengan jumlah pembayaran RM45.44 bilion

Jumlah itu meningkat 29 peratus berbanding RM51.91 bilion pada 2022.

Katanya, jumlah itu adalah selepas mengambil kira turun nilai kos ke atas ekuiti tersenarai bagi tahun berkenaan.

Sebelum ini, penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid memberitahu berdasarkan prestasi suku tahun semasa KWSP menjadi faktor kepada jangkaan positif bagi pengagihan kadar dividen 2023.

Sumber: Harian Metro (Redzuan Muharam)