
Kota Kinabalu: Kumpulan Yayasan Sabah akan terus membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam pendidikan, kata Pengarahnya Dato’ Sri Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar.
Gulamhaidar yang juga Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd berkata demikian bagi mengulas Majlis Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (ABCNS), anugerah berprestij yang diberikan oleh Kerajaan Negeri melalui Kumpulan Yayasan Sabah kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
ABCNS ke-33 akan berlangsung pada 26 Julai, di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha.
