L’Oréal Malaysia 3 Dekad Menyulam Kecantikan & Inovasi

LocalBeauty
4 Sep 2025 • 1:06 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Tahun ini, L’Oréal meraikan ulang tahun ke-30 di Malaysia, menandakan tiga dekad penuh pencapaian dalam dunia kecantikan. Sejak 1995, L’Oréal telah menjadi pelopor dalam memperkenalkan inovasi penjagaan kulit, rambut, solekan ikonik, dan teknologi kecantikan, sekali gus menjadikannya rakan setia jutaan pengguna di seluruh negara.

Dengan portfolio 30 jenama antarabangsa tersohor, L’Oréal Malaysia bukan sekadar menghadirkan produk, tetapi juga memperkasa individu untuk menyerlahkan keyakinan serta jati diri masing-masing.

image is not available
Tomas Hruska.

“Kecantikan bukan hanya tentang produk semata-mata. Ia adalah cerminan keyakinan dan kesejahteraan diri. Menginjak usia ke 30 tahun di Malaysia adalah detik bersejarah buat kami. 

“Matlamat kami jelas, membawakan kecantikan yang terbaik, mendengar suara pengguna dan terus mencipta perubahan positif,” ujar Pengarah Urusan L’Oréal Malaysia, Tomas Hruska.

Kecantikan Yang Memberi Impak

Sebagai syarikat kecantikan nombor satu di negara, L’Oréal membuktikan bahawa kecantikan mempunyai kuasa transformatif, bukan hanya kepada individu, tetapi juga kepada masyarakat dan ekonomi.

image is not available

Laporan Impak Sosioekonomi yang diterbitkan oleh Asterès baru-baru ini menunjukkan bahawa bagi setiap pekerjaan di L'Oréal, 36.6 peluang pekerjaan tambahan terjana merentasi sudut ekonomi Malaysia yang lebih luas. 

Ini bermakna L'Oréal memberi sumbangan kepada 21,609 peluang pekerjaan merentasi rantaian nilainya. 

Di samping itu, L'Oréal juga memperkasa lebih 1,600 benefisiari dengan kemahiran, latihan dan endowmen. 

image is not available

Jaringan yang luas ini memperkasa rakyat Malaysia untuk membina kerjaya yang baik, membantu perniagaan tempatan berkembang, mengangkat komuniti yang kurang mendapat perhatian, dan menyokong para keluarga, semuanya menyumbang kepada pertumbuhan dan kemakmuran negara secara aktif. 

Ia bukti  nyata bahawa kecantikan boleh menjadi pemangkin perubahan sosial.

Pesona Yang Berkembang Pesat 

Dengan nilai pasaran mencecah RM13.6 bilion, Malaysia kini muncul sebagai antara pasaran kecantikan paling dinamik di rantau ini. 

Keunikan budaya pelbagai kaum, generasi muda yang celik digital, serta minat mendalam terhadap K-beauty dan rutin penjagaan diri, menjadikan Malaysia sebagai pusat pertumbuhan kecantikan yang subur.

image is not available

Melalui kehadiran di 47,508 stor runcit, 1,300 salon, 2,399 farmasi dan lapan platform e-dagang, L’Oréal Malaysia berjaya menjangkau 6.7 juta pengguna tempatan.

Dengan pusat pengedaran strategik di Shah Alam, L’Oréal terus memastikan akses kecantikan terbaik dapat dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat.

Selepas 30 tahun, L’Oréal Malaysia terus teguh dengan visinya, menjadikan kecantikan inklusif, inovatif dan bermakna. 

Komitmen ini bukan sahaja memastikan setiap individu merasa dihargai, malah menjadikan kecantikan sebagai kuasa yang mampu mengubah hidup, membangunkan komuniti, dan menyumbang kepada kemakmuran negara.

Bagi L’Oréal, kecantikan adalah lebih daripada sekadar gaya,ia adalah warisan, inspirasi, dan janji untuk masa depan yang lebih gemilang. - Getaran, 4 September 2025

Foto : L’Oréal Malaysia