Jho Low bersembunyi di Wuhan, kata KPN

19 Feb 2020 • 10:04 PM MYT
RinggitPlus
RinggitPlus

Malaysia's leading financial comparison website.

image is not available
Ahli Perniagaan buruan Low Taek Jho.

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, menjadikan Wuhan di wilayah Hubei, China, sebagai tempat persembunyiannya, kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.

Dalam mendedahkan perkara itu, Hamid berkata maklumat itu diperolehi daripada sumber perisikan.

“Sebelum ini, dia (Jho Low) disahkan bersembunyi di Wuhan (berdasarkan perisikan antarabangsa) tetapi tidak ada maklumat terbaru sama ada dia melarikan diri dari negara itu susulan wabak Covid-19.

“Saya meminta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaga-jaga sekiranya dia kembali (berikutan wabak Covid-19),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan projek penggantian lif di Pusat Latihan Polis, hari ini.

Hamid berkata jika Jho Low menjadi salah seorang yang dijangkiti Covid-19, beliau harus pulang ke Malaysia kerana negara itu adalah antara negara terbaik untuk merawat penyakit itu.

“Saya ingin beritahu dia (Jho Low), jika dia mengidap penyakit itu, dia harus pulang ke Malaysia. Setakat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia adalah yang terbaik kerana 9 orang berjaya sembuh,” katanya.

Ditanya mengenai status Jho Low dalam senarai Polis Antarabangsa (Interpol), beliau berkata ahli perniagaan itu disenaraikan sebagai individu yang dikehendaki di bawah “notis merah”.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved