Jalan Kuala Jenderis-Kenyir-Aring sepanjang 3 kilometer ditutup

3 Dec 2019 • 9:13 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA BERANG - Jalan Kuala Jenderis-Kenyir-Aring di Laluan PT36, Kilometer 77 hingga Kilometer 80 ditutup kepada semua kenderaan mulai semalam hingga satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Menurut kenyataan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Terengganu hari ini, penutupan itu sebagai langkah berjaga-jaga berikutan kejadian mendapan jalan di kawasan berkenaan.

"Kawasan jalan raya sepanjang 3 kilometer itu akan ditutup bagi mengelak kejadian buruk.

"Pihak JKR akan memasang papan tanda lalu lintas di lokasi berkenaan sebagai panduan pengguna jalan raya dan mereka dinasihatkan supaya mematuhi arahan yang diberikan," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, pengguna jalan raya yang mahu menggunakan jalan alternatif ke Gua Musang dan Cameron Highlands perlu melalui Kuala Krai, Kelantan atau Kuala Terengganu-Kuala Lumpur-Ipoh. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved